Sunday, 27 May 2012

Pergaduhan merebut jawatan dalam UMNO .....

Semakin hampir PRU13 semakin hebat pergaduhan dalaman UMNO untuk merebut jawatan yang bakal menentukan jatuh bangun satu parti yang sudah memerintah Malaysia selama lebih dari 50 tahun.

Perlu diingat didalam UMNO ini terdapat terlalu banyak kumpulan dan puak yang sudah sekian lama jatuh menjatuhkan satau sama lain. Ada yang merupakan puak tinggalan dari zaman Tun Mahathir memerintah, ada dari puak tinggalan dari zaman Tun Abdullah Badawi, ada juga puak dari kumpulan pemberontak Semangat 46 dan ada juga dari puak tinggalan mereka yang bersekutu dengan Dato Anwar Ibrahim.

Sehingga kini Presiden UMNO yang sekarang, yang menjadi Perdana Menteri kerana Presiden lama yang diberikan mandat oleh rakyat, telah dijatuhkan secara paksa, masih tidak mampu menyatukan kepemimpinan tertinggi didalam parti tersebut. Proses pencalonan untuk PRU13 adalah proses terbaik bagi beliau "melantik" hanya mereka-mereka yang mampu mengikut setiap arahan yang diberikan dan dengan itu menyisihkan siapa saja yang tidak merasakan tidak sehaluan dengan kemahuan Presiden.

Mengingat kembali pada zaman Tun Abdullah menjadi Presiden UMNO, kuasa mengendali parti dan urusan parti hampir keseluruhannya diserahkan kepada menantunya Khairy Jamaludin yang kini menjawat Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pak Lah juga telah melantik Sharizat Jalil sebagai seorang Senator untuk membolehkan Ketua Wanita UMNO Malaysia yang jelas tumbang dan ditolak oleh para pengundi di Lembah Pantai untuk terus berada didalam barisan Kabinet Pak Lah. Khairy Jamaludin pula telah membawa ramai muka baru kedalam barisan Kabinet Pak Lah termasuk Menteri Kerja Raya yang sebelumnya menjawat Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Dari zaman Tun Mahathir adalah nama-nama seperti Tengku Adnan dan juga Mohamad Nor Yakop, dan diluar dari Kabinet beberapa orang Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak sempat tumbang akibat dari tsunami politik PRU12, termasuk nama-nama lama seperti Ali Rustam, Abdul Ghani Othman.

Mereka yang sudah "dibisikan nasib" mereka kini jelas tidak banyak bersuara kerana sudah jelas tahu tidak ada apa yang dapat mereka buat, kerana reputasi mereka sudah memberikan gambaran umum bahawa mereka bukan dari calon yang boleh memenenangkan sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri ataupun kerusi Parlimen sudah pasti.

Siang-siang sudah ada yang bertindak angkat kaki dan keluar parti kerana sudah tahu mereka tidak lagi akan berpeluang mengekalkan gelaran Yang Berhormat kerana sudah terlalu lama menjadi wakil sesuatu kawasan Parlimen maupun kerusi Dewan Undangan Negeri. Mereka bertindak awal kerana merasakan yang mereka masih layak dan membuat keputusan masuk parti lawan untuk mencari peluang didalam parti yang baru. Termasuk didalam senarai ini adalah para Senator UMNO yang tidak lagi dilantik semula yang akan memungkin Perdana Menteri mengisi kekosongan di kerusi Senator bagi mengubat mereka yang terluka dan sudah tidak lagi layak untuk menjadi calon. Termasuk didalam senarai ini juga mereka yang sudah lebih lima atau enam penggal menjadi wakil rakyat.

Apakah mungkin seorang Menteri yang telah digugurkan dari kerusi Senator di calonkan semula sedangkan rakyat umum sudah mengetahui mengenai penyalah gunaan peruntukan projek ternakan lembu Malaysia, kemungkinan besar Sharizat bukan lagi calon yang ikut serta dalam PRU13, begitu juga nasib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikira bernasib malang kerana tidak mendapat dokongan dari Presiden partinya sendiri mengenangkan perbuatan beliau disatu masa dulu.

Ini bermakna dua kekuatan besar dari sayap kana UMNO. tidak akan dapat berperanan aktif satu kerana reputasi buruk di mata umum dan satu kerana memang sudah tidak boleh duduk semeja. Sudah pasti ini akan mengodak pertarungan jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO.

Begitu juga sekarang ini sudah ada pertarungan yang sudah diperjuangkan di hadapan media milik UMNO diantara Mohamad Nor Yakop calon payung terjun yang diselamatkan oleh Tun Mahathir dengan bekas Timbalan Menteri Pertanian yang merasakan beliau seharusnya tidak dikorbankan hanya untuk menyelamatkan Mohamad Nor Yakob.

Pertarungan merebut jawatan Menteri Besar Kedah juga sudah diberikan tayangan awal oleh Tun Mahathir, yang mahukan anaknya diberi peluang menjadi Menteri Besar jika UMNO dapat mengalahkan Pakatan didalam PRU13. Mungkin Tun Mahathir mengethaui sesuatu yang menjadikan beliau bersikap berani untuk menerajui gerakan menyatukan UMNO Kedah yang sepertinya sudah lama tidak berkepala dan mungkin juga kerana Tun berasa malu kerana negeri asalnya jatuh ketangan pembangkang.

Semakin hampir PRU13 semakin hebat lah perebutan kuasa dalam UMNO, dan inilah faktor utama, yang sekali lagi akan membantu parti-parti pembangkang memenangi lagi banyak kerusi apabila anggota dan pemimpin parti UMNO sendiri akan bertindak menjatuhkan calon-calon yang dipilih oleh Presiden UMNO.

Tidak mudah bagi mereka yang begitu lama bergelar Yang Berhormat akan sudi melepaskan jawatan yang sudah begitu lama mereka perjuangkan dengan begitu saja, lebih-lebih lagi kepada calon-calon payung terjun yang datang dengan tidak semena-mena dan juga kepada calon yang memang menjadi penentang mereka dalam bahagian-bahagian maupun cawangan-cawangan UMNO.

Yang kedengaran sepi tidak bersuara adalah Timbalan Presiden UMNO yang mungkin sekarang terpaksa berhadapan dengan serangan anak Tun Husein yang merasakan mungkin sudah sampai masa Timbalan Perdana Menteri diganti


OrangBaruLahir ... untuk parti UMNO, musuh bukan lah diluar tapi dalam parti UMNO itu sendiri

No comments:

Post a Comment