Monday, 28 May 2012

Siapa dapat keuntungan dari penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012

Kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, dari pembangkang dan pehak kerajaan

Hamba rakyat ingin bertanya di dewan yang mulia ini

1. Apakah matlamat-matlamat yang telah ditetapkan bagi Program Himpunan Jutaan Belia 2012

2. Secara khusus apakah ukuran kejayaan yang telah ditetapkan bagi acara ini dan apaka acara ini telah mencapai ukuran-ukuran pencapaian yang telah ditentukan

3. Kenapakah Kerajaan telah merubah tajuk asal program terlibat dari Himpunan 1 Juta Belia kepada Himpunan Jutaan Belia, apakah ini hanya sebagai gimik kerajaan untuk mengembalikan kemaluan UMNO yang telah terbuka apabila UMNO hanya mampu menghadirkan 80,000 ahli UMNO pada pesta peringatan penubuhan UMNO kali ke 66

4. Berapa kah perbelanjaan keseluruhan bagi mengadakan acara-acara yang berlangusng selama 4 hari, termasuk perbelanjaan melalui tajaan dari syarikat-syarikat milik kerajaan

5. Pehak manakah yang telah diberikan tanggungjawab khusus untuk melaksanakan perjalanan acara Himpunan Jutaan Belia 2012 dan apakah pehak-peahk mempunyai hubungan atau talian kekeluargaan dengan mana-mana Menteri dari Barisan Nasional

6. Berapakah pulangan kewangan yang telah diperolehi dari acara yang pertama ini dan berapakah jumlah pulangan yang dijangkakan jika acara ini dijadikan acara tahunan bagi aktiviti tarikan pelancongan sebagaimana yang diwar-warkan oleh pehak kerajaan

Mohon dapat jawapan dari pehak Kementerian Belia yang kelihatan berperanan aktif dalam acara terlibat

OrangBaruLahir .... siapa yang mendapat keuntungan dari penganjuran Program Himpunan Jutaan Belia 2012 ?

No comments:

Post a Comment