Monday, 28 May 2012

SPR masih dungu mengenai hasil survey


Jelas mengapa beberapa pemerhati asing yang turut serta dalam gerakan sivil BERSIH 3.0 mengatakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia masih berada dalam zaman batu, antara lain Timbalan Pengerusi SPR masih begitu bebal bagi menerima beberapa kajian semasa mengenai kehendak rakyat Malaysia dari segi aturan pilihan raya.

Agak memalukan jika Malaysia menghantar mereka-mereka yang bebal sebagai pemerhati ke negara asing kerana masih belum mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi bagi menilai hasil kajian rambang.

Di negara maju bahkan di begitu banyak negara jiran tetangga kajian sebelum pilihanraya adalah sesuatu yang menjadi sesuatu kebiasaan bagi parti-parti yang bertanding menilai penerimaan para pengundi terhadap parti yang bakal bertanding.

Yang betul-betul memalukan mereka-mereka yang mengaku berpengalaman menjalankan urusan pilihanraya di Malaysia tidak mampu menerima teguran mengenai tata cara perjalanan pilihanraya di Malaysia yang begitu pincang dari perkara asas berkaitan senarai pengundi yang layak mengundi.

Yang lebih memalukan adalah kebodohan para pengendali sistem pilihanraya di Malaysia ini di terima dengan bulat oleh parti pemerintah semasa yang bermimpi untuk mencatat demokrasi di Malaysia sebagai pilihanraya terbaik di dunia.

Mungkin begitulah perangai UMNO bodoh mengiktiraf Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang dungu

OrangBaruLahir .... tidak ada cara lain mengajar orang bodoh lagi bebal melainkan dengan mengantikan dengan orang yang lebih pandai

No comments:

Post a Comment